BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 8, 2009

Wanita solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama



Sunday, December 6, 2009

Sehari di JOm heboh 2009

Wah!! Letihnyer......... Tak hilang lg rasa penat... Semalam ak g karnival jom heboh.. mmg best giler n havoc lah... maunyer tak havoc, asl singgah tiap booth msti ada artis.. Kamera penuh dgn gambar artis..heheh.. Artis yg ak jumpa Ashraf Muslim(mmg hensem giler...), one nation emcee( dorang nynyi smbil jogget mmg best), adam(ni mmg macho lah), Iqram Dinzly(Fuh!!Ramai betul peminat), dan Fouziah Ghaous(dye ni mmg tinggi n cun..). Tangan ni sakit2 sbb banyak sgt beli barang. mana tak banyak, murah2 semua... Dan ketika nak balik dari karnival, terjmpa Datuk Farid Ridzuan ( Alah!! org kuat TV3) mmg muda giler... Nak amek gambar, tp segan lah sbb bnyk sgt bodyguard n escort2..huhu.. Tapi semalam mmg letih sgt..dahlah panas, payung kecik je.. Tapi apapun mmg best n enjoy sgt2..
Itu je lah yg boleh dishare...nak taip banyak2 tagn lenguh.hehehe

P/s: ni ada beberapa keping gambar utk dikongsi...hope enjoy..

antara memory karnival jom heboh 2009

Thursday, December 3, 2009

Perubahan???

Perubahan?? Hurm..Perkataan yang sering diungkapkan.. "ubahlah diri tue", ubahlah sementara masih hidup".. Tapi bile kata seperti ini diungkapkan adakah orng itu benar-benar mahu berubah atau hanya berubah apabila diminta oleh orang yang terdekat atau tersayang?? Bagi aku, perubahan perlu ada keyakinan dan tanam dalam hati dengan niat AKU MAHU BERUBAH tapi bukan kerana kehendak orang, tapi kerana kehendak diri sendiri. Dan apabila sudah berubah, tidk perlu dicanangkan pada orang yang kita sudah berubah... Dan janganlah memaksa orang itu untuk berubah kerana perubahan diri seseorg memerlukan masa yang panjang.

"Perubahan adalah sesuatu yang pasti terjadi, siapapun yang tidak siap dengan perubahan dan tidak bersungguh-sungguh merubah diri menjadi lebih baik, nescaya akan berat menghadapi hidup."

Hati Manakah Milik Anda by iluvislam.design.

2009 dalam kenangan

Pejam celik Pejam celik dah nak masuk 2010.. Wah!! sekejap jer rasa... Bile fikir2 balik, terlalu bnyak kenangan dan pengalaman sepanjang 2009 dan bagi ia tahun yang amat mencabar dan penuh dugaan bagi aku..
Disini aku letakkan kenangan manis dan pahit sepanjang 2009:-

**kenangan Manis
1) Ulangtahun percintaan AKU & DIA
Ni memory yg paling sweet bg ak..hehehe... Dan ulangtahun ni lah genap setahun hubungan AKU & DIA... Semoga cinta kami betambah kuat dan kekal selamanya..

2) My Celebration Birthday
Ulangtahun hari lahir aku kali ini diraikan di Genting oleh Buah hatiku... Wah!! sejuk giler dahlah mlm plak 2.. tp mmg best sbb dye wat surprise..nk tau apa dia?? biarlah ak simpan dalam hati sbb ia terlalu manis tuk dikongsi dan hadiah nyer adalah TEDDY BEAR PINK yang besar giler yg ak minat sgt.. Heehe.. Tak sangka dye sanggup blikan.. tq dear coz blikan utk syg..

3) My Boy Birthday
Kali ni birthday dye ak buat surprise dkt sg. kanching... kirw ala2 picnic gitu...hehe..tp mmg best.. maunyer tak best, dahlah picnic dkt dpn air terjun..indah sungguh ciptaa Allah.. Dan pling kelakar lepas tiup lilin, kek kami telah dicuri oleh sekumpulan monyet yang nakal giler... Kami tak sempat jamah lg kek itu..huhu...tp xpe..yg penting aku dapat raikan dengan buah hatiku dan yang penting dye happy....

4) Genting Highlands
Wuuhu...Best giler time ni... Aku naik genting lagi sbb dapat tiket free. Puas juga aku main semua dalam game dalam tue.. Rasa tak nak balik jer.. Dan memang meriah coz member aku yg kire bestfriend aku iaitu Jun ada skali bersama buah hatiku..Time 2 hati gembira sgt coz dapat bergembira bersama bestfriend aku dan buah hati aku. Klu berpeluang sekali lagi, ak nak buat reunion kat genting..mesti havoc kan??hehe..

5) Reunion kelas

Ni memory plg manis lah yang tidak mungkin dlupakan sampai bile2...Setelah berapa tahun tak jumpa akhirnyer berjumpa jugak walaupun x ramai yang dapat datang..Semua telah berubah dan ada kehidupan masing masing. Ada yang sudah bekerja, yang berumah tangga, meneruskan mnuntut ilmu. Bermacam macam cerita kami kongsi tentang kehidupan masing-masing.
Ohgirl!! Miss u all damn so much... 4H & 5H rocks!!hehe
Antara memory2 manis 2009